RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Murtabak Mengkasar Hj Din, Kuantan

Aby Adawiah | Friday, August 11, 2017 |

👀👀 Alhamdulilah malam ni makan murtabak Mengkasar di Jalan Bukit Sekilau, Kuantan berdekatan dengan Uitm Bukit Sekilau. Betul-betul tepi jalan. Asalnya nak makan kat Pekan rasa macam tak berbaloi pulak jauh kan..

.
👀👀 Malam ni pilih di area Kuantan ajelah.. Sedapp sebab takde BAWANG ahahaa.. Bagi penggemar Murtabak takde bawang saya syorkan makan kat sini. Kuah dia pehhh sedaaappp saya bagi 5 bintang sebab saya penggemar kari so saya tau laah hihi..


👀👀  Tadi pilih Murtabak Daging Special, Murtabak Ayam Special & Murtabak Mix Special. Tak habis tapau lah heheheh.. Esok panas jer dalam kuali you all.. 
.
👀👀  Dibuka pada jam 3 petang hingga 12:30 tengah malam katanya.. Tadi ada bagitau pada pekerja dia nak buat rieview dalam blog tempat makan sedap di Kuantan. Bila pekerja tu tanya apa nama blog tetiba tergamam weh sebab selama ni buat review takde pulak yang tanya hihi..
.
Kepada yang datang search sahaja di FB namanya Murtabak Mengkasar Sekilau Hill..
.
Selamat Malam 👀👀 












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...