RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Berkelah di tepian Air Terjun Sungai Pandan

Aby Adawiah | Tuesday, May 02, 2017 |

Sempena cuti bagi penghujung April 30 / 4 / 2017 kami sekeluarga mandi-manda berkelah ditepian Air Terjun Pandan. 5 hari sebelum berkelah kami menyiapkan bahan-bahan utama untuk pergi berkelah. Paling utama nak buat perapan ayam madu beli online di Facebook rakan dan ejen dia COD ke rumah.. rasa perapan ayam madu dia kejap lagi saya cerita di bawah n nombor fon deh.. baca cerita kami coretan di bawah dulu ye..


Ini cerita kami sampai awal bebenor pintu masuk pon tak buka lagi u'all.. lihat lah masih berkunci di gambar bawah.




Ditakdirkan Allah kami sampai awal rezeki nak berjumpa sedara kami dari Felda Lepar Hilir 3 (2 dari kiri berserta anak-anaknya lagi 2 orang termasuk sorang cucu tak nak masuk dalam gambar he..he..)


Ini Maira Nasier nak menyelit jugak dalam camera.. Kebetulan bawak kamera mini maka dapatlah gambar banyak sikit nak harapkan Tablet besor gedabak tuu tak larat nak pegang kat tangan ni camera gantung kat leher ajer..



Sempat lah juga snap sekeping dua Mandian Terapi untuk lenguh-lenguh kaki setelah berjalan ke sekitar air terjun hutan lipur. memang betul-betul lenguh pon. 





ini Zharif Naufal bagus Zharif ni tak menangis sepanjang bawak berjalan-jalan. Baru berusia 3 bulan. Simpan gambar di blog banyak-banyak sebab laptop nak format..







 Dekat pintu masuk ada tertera jam 9 pagi hingga 5 petang waktu berada di sini. Sebenarnya dah lama tak masuk sini tak tau peraturan baru he..hehe..



eh! comel laaa gambar Zharif yang ni seperti ada reben di atas kepala ada yang sangka Zharif ni baby girl sebab pakai purple..




antara barang yang di bawa haa penuh bonet 



Masa untuk saya memasak Sup Kentang semestinya Adabi.. sambil masak sambil snap beberapa keping gambar permandangan sekitarnya.



Selesai masak sup. Rempah-rempah telah ditumis awal di rumah dengan sedikit air. Di sini hanya tambah beberapa cawan air. 





Masa untuk membakar Ayam yang telah diperap semalaman.



Ini hasilnya yang diperap semalaman oleh Perapan Serbuk Ayam Madu Sasa saya tanya di Facebook Meylis Sasa tapi Ejen dia COD ke Bukit Rangin nak hubungi Ejen Perapan Ayam Madu Sasa 017-950 0765. Memang berbaloi-baloi sedap hasil suggest Kak Ida Aniq Steamboat.


Kipas jangan tak kipas




Haa tuu diaa owner Nurhimalayan Salt aka #GaramNUR menjaga api yang di masak. masing-masing ada tugas yang telah kami bincangkan bersama.




Alhamdulillah ruang solat inilah banyak membantu untuk mendapatkan bekalan air untuk mencuci/memasak bahan yang di bawa.




Sambil menunggu sup masak saya berjalan sekitarnya cuma selepas makan nak ambil gambar selepas itu masa tak mengizinkan hujan renyai-renyai. Gambar sekitar air terjun di atas sana tak dapat di snap sebab jalan ke atas agak licin. Tapi dapat juga mandi manda di sana di bawah lapisan air terjun paling bawah.. berdesing telinga.. cuma masing-masing tak berani bawak camera.. kebanyakan yang datang bawak Gopro.




















Mendodoikan si Luqmanul Hakim haa sampai tertido tuu..








Sambil baring-baring di bawah pohon ceri gitu..


Rupa Ayam bakar yang telah siap untuk dijamah selepas penat mandi-manda..




Part makan tak sempat ambil langsung jadi sumber gambar dari grup wasap Family lah apo laie..

akhir cerita.. hari yang sangat best sebab ada yang membawa pergi berkelah ini hehehe.. sebab saya malas bebenor drive kereta.. Banyak perubahan di sini.. ramai pengunjung datang tempat pon dah lawo. Cuma satu sahaja saya nak komplen..

>>>    ... TANDAS amat KOTOR

Ini amat memalukan pengunjung yang datang kebanyakan yang datang plat kereta luar bukan warga Pahang ada juga yang datang dari Singapura.. nak mandi pon rasa mandi pon tak basah.. bumbung bocor.. rasa macam orang mengintai pon ada.. seraaaam weh... haa ni baru betul mandi tak basah, rasaaa tak kenaaa.. ruang bercermin di luar tidak di pasang penghadang bagi yang menjaga aurat agak payah nak bercermin.. Harap pihak terbabit beri fokus kebersihanan di ruang TANDAS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...