RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

Aby Adawiah | Saturday, March 25, 2017 |



Bahan Utama :
===========
4 ketil besar ikan tongkol warna putih
Bahan kisar :
==========
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Bahan Tumis :
===========
1/2 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 paket kecil rempah tumis
1 sudu kecil udang kering
1 tangkai kecil daun kari 
1 paket Kari Ikan Adabi (bancuh dengan air panas)
1 sudu kecil halba campur
2 sudu cili giling Adabi
Bahan Akhir :
===========
6 biji bendi (potong hujung)
3 biji cili hijau (hiris kasar)
2 biji tomato (hiris 4)
1 kotak kecil santan @ 200ml (jenama KARA)
1 sudu GaramNUR & 1 sudu Gula Perang
CARA-CARA :
1. Cuci bersih dulu ikan tongkol. Sementara nak siap bahan-bahan lain rendam dalam 15 minit bersama 4 keping asam gelugor yg gunting halus. Saya sengaja ubah ikut selera sendiri. Tips ni akan membuatkan ikan rasa lembut. Ikan tongkol badannya warna putih mengikut kajian rasa lebih lembut berbanding warna hitam. Haa buat research dulu sebelum masak gituu..
2. Blender bahan kisar. Potong kecil supaya hancur semasa blender. Tambah dengan sedikit sahaja air. Anggar lepas laa nak blender tuu jangan sikit sangat nanti tak hancur.
3. Panaskan dulu kuali (jenis non-stick sesuai orang yang baru nak belajar masak sebab x lekat). Isi sedikit dahulu minyak dah panas baru masuk bahan tumis (halba campur, bawang besar, bawang putih, rempah tumis, udang kering & daun kari) dah garing baru masuk rempah kari yang di tambah dengan air panas.
Tambah sedikit lagi minyak masak. Rempah agak-agak garing sedikit masukkan cili giling tunggu sekejap sehingga pecah minyak. Masukkan ikan dalam 2 minit palingkan atas bawah. Ini tips mak saya katanya ikan akan mesra kalau buat macam ni. Kecilkan api saya guna dapur elektrik senang sikit nak jaga.
3. Tukar ke periuk pulak sebab saya lebih suka masak begini tambah 2 cawan air masak hingga mendidih lebih kurang 8 minit. Dah mendidih isi santan kotak kacau supaya tak berketul-ketul lebih kurang suhu sederhana dalam 5 minit. Selepas mendidih kuah nampak agak pekat.
4. Tambah bahan Akhir cili hijau, bendi & tomato dalam 2 minit suhu sederhana. Off button & Tutup suis elektrik.
5. Perasakan dengan Garam Organik & gula perang. Ini RAHSIA resepi ini sebenarnya.. Ops! Haa camno nak dapatkan? Meh baca dulu di link bawah ini.
6. Masukkan dalam mangkuk hidangan. Asingkan bahan tumis seperti asam keping, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga). Tips : untuk mengurangkan pahit dalam kuah.
=====================================
garam masakan by Nur Himalayan Salt adalah 100% organik dan asli dari pergunungan himalaya,  mempunyai 84 mineral dan vitamin.
.
 menjadikan masakan lebih sedap dan berkhasiat dan masakan lambat basi.
.
#garammasakan #nurhimalayansalt

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...