RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Bina Link Pendek Untuk Facebook & Instagram

Aby Adawiah | Monday, March 06, 2017 |

Hari ini saya ingin membuat satu Tutorial untuk memudahkan kita mengisi nombor telefon kita dalam bentuk link (timbul warna biru) untuk kita memudahkan customer menghubungi kita tanpa menyalin nombor WhatsApp kita. Saya akan ajar Step WhatsApp, Step Facebook & Step Instagram. Saya dah cuba itu saya share untuk berkongsi ilmu dengan semua orang al maklumlah Cikgu Komputer tuu hehe.. 

Step WhatApps :

Ada beberapa cara, cara 1 : kita nak hanya beri nombor WhatsApp sahaja.

Cara 2 : Kita nak dia terus WhatsApp kita dengan terus ada perkataan yang berjarak.
Taip setiap perkataan asal : Berminat nak ikuti kelas komputer

Tambah %20 bertujuan untuk jarak
Saya dah cuba hasilnya seperti ini : 


Buka Google taip : Google Shortener Link
pilih seperti ini atau lebih mudah ini linknya : https://goo.gl/

Copy teks awal yang kita bina cara 1 @ cara 2 Klik Paste pada kekotak >> pilih SHORTEN URL.


Hasilnya seperti di bawah >> Copy perkataan atas dahulu contoh : goo.gl/y7kh2a
Dah dapat link jangan lupa test dulu.. 


Setelah kita klik link yang kita dapat >> tekan pada link garisan biru tu goo.gl/y7kh2a.

Inilah hasilnya.. Untuk lebih happy berwasap tukarlah keyboard.. haa saya pilih warna-warna pastel lembut penuh cinta gitu..hihi Dah jumpa step tu moh kita ke step selanjutnya >>


Step Facebook :

Buka Akaun Facebook, lihat seperti paparan FB saya ada di tengah-tengah ada goo.gl/y7kh2a. Haa.. yang nilah orang akan terus boleh klik. Sebab kalau isi nombor telefon tak terpapar pon kan? so alternatifnya buat link seperti website.

Buka paparan FB masing-masing >> pilih Update Info (betul-betul bawah nama kita). Maaf takdapat bulatkan sebab baru instal semula Tablet. App untuk bulatkan tu tak donlod lagi hehe..untuk memudahkan saya pilih highlight warna kuning menyerlah gituu uols..


Cari >> Contact Info


Pilih yang bawah sekali Website >> pilih Add Website >> 
Paste link google yang kita buat tadi klik >> Save. Moh kita beralih ke step terakhir.


Step Instagram :

Buka Instagram. Ini paparan IG saya yang telah disambungkan dengan Page. Buka IG >> pilih Edit Profile


lihat di bawah pada baris ketiga ada link Google yang saya tambah.. haa kat situ lah paste link yang ada berjaya buat pada step Whatsapp di atas >> kemudian Save seperti biasa. Sebaiknya pada IG kita tambahkan nombor telefon @ Emel pada part terakhir Edit Profile kita. Selamat Mencuba! 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...