RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Cadar Queen + Sarung Bantal + Bantal Peluk by CA Adawiah

Aby Adawiah | Saturday, February 18, 2017 |


Hari ini baru berkesempatan nak uplod dekat blog cara-cara menjahit Cadar Queen rata-rata saya klik link di blog semuanya banyak buat jenis Cadar Single sahaja terpaksa laa saya ubah mengikuti kreativiti saya sendiri dalam tempoh 3 jam Cadar Queen terhasil.

Sempena hujung tahun Jakel membuat tawaran separuh harga saya beli 6 meter untuk 4 biji bantal + 2 biji bantal peluk + 2 biji bantal kecil (upin ipin) + sampul toto baby. Total saya beli hari tu dalam RM 70. Berbaloi-baloi sebab selesa seronok nak tido daripada beli siap setiap hari perlu betulkan kedudukan cadar. Sekarang jimat masa. Saya ni jenis cerewet sedikit elok amaat laa buat sendiri sebab beli siap kain dia rasa panas hihi.

Sebelum itu kita perlu kenal pasti ukuran yang dikehendaki. Mengikut kata designer, Miss Linda Jika ukuran cm ukuran itu dibahagi kepada 2.54 untuk mendapatkan kiraan yang paling tepat.

>> Saiz Standard : Katil King = 183 cm × 191 cm (72.5 x 75.2)
>> Saiz Standard : Katil Queen : 152 cm × 191 cm (59.85 x 75.2)
>> Saiz Standard : Katil Single = 107 cm × 191 cm (42.13 x 75.2)

Barang yang perlu disediakan : 1) kain cotton pilihan sendiri 2) benang warna kesukaan 3) getah pinggang buat baju kurung 2 meter.

LANGKAH SATU :

Beli Kain cotton yang lembut. Sebaiknya kain Japanese cotton bidang 93”. Ambil ukuran tilam : [ Ukuran Panjang  | Lebar Tilam | Tebal Tilam ]. Ukuran saya tilam queen : Ukuran Panjang -74”- x Lebar Tilam -60”- x Tebal Tilam -6”-.

LANGKAH DUA :

Semasa memotong kain : Potong kain panjang dan lebar di setiap sisi dengan penambahan tebal tilam 6 + 1” . Contohnya panjang (74” + 7” atas + 7” bawah) =88” lebar (60” + 7” kiri + 7” kanan) = 74”.

LANGKAH TIGA :

Tandakan  guna pembaris sesiku L untuk kiraan kekotak sama saiz 7” berbentuk kotak segiempat sama di setiap penjuru kain. Gunting yang telah ditandakan. Jia tidak yakin atau pertama kali menggunting cadar, cari kain perca gunting seperti kiraan 5” jahit sembat. Dah yakin baru gunting pada kain sebenar (saya laa tuu yang buat gitu hari tuu rugi woo kalau silap gunting). Setelah dah gunting, sambung 4 penjuru untuk penutup sarung tilam. Jahit kelim sepenuhnya @ boleh jahit tepi.. saya malas nak hantar jahit tepi saya rajinkan diri menjahit kelim supaya jahitan tak berbulu nanti. Part ni lah yang paling lama sebab malas anta kedai..

LANGKAH EMPAT :

Potong getah yang orang selalu buat kain pasang tuu.. ukuran saya adjust nak bagi lagi kemas saya pilih 14” so 14 x 4 keping ya.. bajet dalam 2 meter.. selepas dah potong, getah lipat 2 tanda dengan kapur, dan pinkan ditengah-tengah jahitan penjuru tadi. Ukur 13” di sebelah kanan dan 13” di sebelah kiri dan pinkan hujung getah. Jahit hujung kedua-dua penjuru getah untuk memudahkan jahitan tengah nanti. Setting pada mesin jahitan Zig Zag nombor 4. Tarik dan jahit macam nak jahit kain baju kurung. Saya guna Singer dengan tagline “Menawan Keluarga Bahagia” tak sia-sia saya beli dengan harga 700 dah 3 tahun alhamdulillah masih baik.. dengan syarat jangan banyak tangan hahaha. Dah siap! Moh kita beralih ke cara membuat Sarung Bantal Standard Cara CA.




LANGKAH LIMA :

Sarung Bantal : Gunting kain dengan kain dilipat dua dengan ukuran 28.5 x 20. Jahit kelim hujung & hujung sarung bantal kiraan 20”. Kira panjang bantal 27”. Lebihkan keluar 2 ½ untuk penutup bantal. Untuk jahitan akhir, lipat sedikit ke dalam ½ inci (lihat gambar). Bawa penutup 2 ½ inci ke bawah pinkan berdekatan lipatan ½ inci yang telah dilipat sedikit. Akhir sekali jahit terus ke bawah & ulang bahagian sebelah lagi.

[Jahit Zig Zag]


LANGKAH ENAM :

Sarung Bantal Peluk : Gunting kain dengan kain dilipat dua dengan ukuran 36 x 14.5. Jahit satu sahaja kelim hujung & hujung sarung bantal kiraan 14.5”. buatkan tali untuk diikat dengan ukuran 34” (cari hujung kain yang tak berbulu tu ajer hihi). Untuk membuat sedikit kelainan, bahagian hujung satu lagi saya mencari cawan berbentuk bulat lalu saya menjahit jelulur keliling baru ditindih pada jahitan mesin. Kat mana-mana pasaran pon takde jual uols. Itu sebab kalau kita jahit sendiri kepuasan sebenar dirasai cewahhh.. Menjahit Dari Hati Menjahit With Imaaan.. pinjam tagline dari Chef Arab tersohor.


[Bantal Saiz Standard]

[Tanda Pada Tengah-tengah untuk dapatkan Sama Rata]

[Cara Lipatan Semasa Nak Jahit]

[Jelulur Pada Bantal Peluk]

Tujuan posting ini untuk simpanan saya yang pelupa ni ahahaha.. kalau tulis kat kertas sokmo hilang lalu saya paksakan ingatan saya untuk ingat step yang pernah saya buat bulan Januari 2017 sebab next nak buat lagi cadar.. alaa buat simple jer.. pakai untuk family itu dah lebih bermakna.. puitis sungguh posting kali ini sambil ditemani lagu Tajul Sedalam-dalam RINDU (repeat 50x gamaknya minat benor awook).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...