RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Rendang Daging Raya + Ketupat Nasi

Aby Adawiah | Sunday, September 11, 2016 |

Rendang yang telah siap di masak. Panas² tuu.. ♡♡ Rendang resepi tradisi ini hanya 2x setahun sahaja hihi. Mood nak membuatnya time raya jer kecuali raya Cina & India hehee ♠♠


Rendang tradisi ini jika di masak pagi sehari sebelum raya contoh pagi Khamis sehingga pagi Sabtu masih helokk lagi uolss dengan syarat jangan di cuit dengan tangan. Pastikan pakai sudu/senduk.. Jika terkena tangan makanan akan basi.



Meh kita lihat bahan² untuk 1 kilo daging segar. Jika nak buat lebih darab 2x ya. Barulah rasa Rendang umph! Pastikan guna kuali non-stick supaya x hangit rendang. Sebab ada beza pakai kuali biasa. Tak caya try test. Saya dah cuba kedua²nya beza memangg berbeza.

Rendang Daging Raya + Ketupat Nasi
=============================

Nota : Rendang ini saya share dari www.nurfarizan.com & diolah mengikut kesesuaian bahan yang ada. Bahan mentah ini lebih kurang dalam RM 70.00.

Bahan-bahan:

1kg Daging Segar Topside (dipotong dadu/sedang) pastikan potong ikut urat


Beli di pasar tani simpan 4 hari masih elok dan segar

4x kotak Santan Ayam Brand (250ml)

Bahan tumis :
1 pek kecil rempah tumis
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

1 peket kecil kari ayam dan Daging (Adabi)
1 peket kecil serbuk rendang (Adabi)
Dicampur bersama air panas kacau rata

Bahan untuk dikisar (1) :
13 ulas bawang merah
13 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
3 batang serai
2 cm Lengkuas

Bahan kisar (2) :
10  tangkai cili kering @ 2 senduk cili kisar (jika dah ada yang di kisar)


Lain-lain :
2 helai Daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 peket kecil Kerisik @2 sudu
1 keping gula kerek
1 sudu Garam Masakan NUR
1 sudu Gula perang



Cara memasak:

Langkah Pertama :
Masukan bahan tumis rempah ratus, bawang merah & bawang putih. Goreng kekuningan.



Langkah Kedua :
Masukkan kari ayam dan daging yang telah dibancuh bersama air panas. Kacau hingga garing.



Langkah Ketiga :
Masukkan bahan untuk dikisar (1). Sedikit garing masukkan bahan kisar 2 bersama dengan gula kerek. Nampak warna keperang-perangan masuk daun limau purut yang di carik² halus.Potong halus/siat-siatkan daun tersebut supaya naik aroma masakan kita. Masuk separuh sahaja hirisan daun kunyit.


Langkah Keempat :
Masukkan daging, biarkan seketika mesra dengan rempah tadi. Campur 3 kotak santan 250ml tadi + secawan kecil air untuk dapatkan seperti santan cair. Masukkan 2 sudu garfu. Petua orang dulu² untuk daging empok..


Langkah Kelima:

Pastikan rendang naik minyak baru tambah 1 kotak lagi santan 250ml tanpa air untuk dapatkan santan pekat. Masukkan kerisik dalam 2 sudu. Kecilkan api, kacau sekali sekala sehingga daging kering air dan empuk.

Kacau sebati dan biarkan sehingga kering. Hampir nak kering tambah 1 cawan kecil air untuk ringankan rempah² tersebut. Perasakan dengan 1 sudu Garam Masakan NUR @ Garam Gunung/Garam Bukit & 1 sudu Gula perang. Tips : Elakkan guna garam putih, masakan x kekal lama dan cepat berbau.

Akhir sekali masukkan hirisan baki akhir daun kunyit. Siap untuk dihidang. Rendang Raya ini mengambil masa 1 jam 30 minit untuk siap dimasak.

Menu ini sesuai untuk bagi yang berjinak² nak masak rendang. Rendang tak kering sangat nice! Takde rendang ibarat x raya uols hehehehe ♡♡



Rendang yang dah siap di jamu dengan Nasi Impit pehh terangkatt!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...