RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Formula Migrain Ditemui

Aby Adawiah | Tuesday, July 26, 2016 |


☆☆ MINYAK ANGIN NUR THERAPY OIL adalah minyak angin diperkaya lagi dengan kandungan utama minyak sauda, zaitun dan pudina.
.
.
Bahan aktif yang digunakan dalam minyak berangin ialah menthol.
.
Semakin banyak peratusan menthol yang digunakan, semakin kuat ubat itu. Malah ada yang mencampurkan sehingga 16% menyebabkan kesan terbakar.
.
Minyak Angin @ THERAPY OIL kandungan menthol hanya 7.7% berbanding minyak angin biasa.
.
Sangat mudah diamalkan. Sesuai kegunaan luaran. Hanya roll-on pada tempat sakit. Sudah ramai pengguna yang telah menggunakannya.
.
MINYAK ANGIN NUR THERAPY OIL sekali roll cepat lega. Insya Allah.
.
Mampu mengurangkan kesakitan :
.
✔ Sakit kepala dan migrain.
✔ Sakit-sakit otot dan sendi.
✔ Rasa loya dan muntah.
✔ Masalah untuk tidur.
✔ Hidung berair akibat selesema.
✔ Melegakan kekejangan dibahagian peranakan.
✔ Membantu kitaran haid & mengurangkan senggugut.
✔ Melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
✔ Mengurangkan masalah penafasan dan asma.
✔ Merawat gatal-gatal kulit, luka, jangkitan dan banyak lagi masalah kulit
.
Dapatkan minyak angin @ NUR THERAPY OIL ini berasaskan minyak habbatussauda, minyak zaitun dan peppermint (pudina) .
.
Terhad selagi stok masih ada. Minyak Angin . Roll-On . Feel Fresh hanya RM12 sebotol.

WhatsApp : 0111.337.6462 (CA)
.
#MinyakAngin
#NurTherapyOil
#FeelCool
#Pudina

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Cantik Ceria Sepanjang Hari

Aby Adawiah | Friday, July 22, 2016 |


APA?? RM 36 sahaja dah dapat 1 Set Terapi Sihat + Rilex ??
.
Wahh! Murah & sangat berbaloi bukan??
.
Terapi Sihat + Rilex Set :
.
♡ Mandian Terapi Rilex
♡ Masakan Delicious Salt
.
 Apa yang Istimewa??
.
☆ Mandian Terapi Rilex membantu menghilangkan stress dalaman akibat terlalu banyak berfikir serta amat sesuai bagi anda yang sering berhadapan dengan ragam orang ramai dapat meningkatkan kualiti tidur.
.
☆ Masakan Delicious Salt adalah pengganti Garam Putih ia sangat mudah diamalkan hanya masak menu yang berkhasiat dan tambahkan 1 sudu dalam masakan setelah api ditutup untuk mengekalkan keaslian menu masakan.
.
www.nurhimalayansalt.com
.
 Hotline : 011-1137 6462
.
Order Now!
.
 #GaramNURKuantan
#MandianTerapiRilex
#MasakanDeliciousSalt

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bertukarlah Garam Masakan Untuk Lebih Sihat

Aby Adawiah | Friday, July 22, 2016 |


♤ Deliciousalt  - Pengganti Garam Putih ♤
.
♡ DELICIOUSALT  adalah GARAM MASAKAN NUR diperkaya lagi dengan 84 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

♡ Sangat mudah diamalkan. Hanya masak menu yang berkhasiat dan tambahkan DELICIOUSALT  
.
♡ Sudah ramai pengguna yang telah merasai keenakan setiap menu yang dihidangkan.

DELICIOUSALT  dan mendapat 1001 khasiat walaupun dalam 1 masakan.
.
✓ 84 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan
✓ Melarutkan dan menghapuskan endapan untuk pembuangan toksin.
✓ Mengawal kandungan air di dalam dan di luar sel-sel
✓ Keseimbangan pH alkali / keasidan dan membantu mengurangkan refluks asid
✓ Melancarkan metabolisme badan dengan betul
✓ Mencegah kekejangan otot
✓ Merawat tekanan darah rendah
✓ Memudahkan usus menyerap nutrien
✓ Menguatkan tulang
✓ Mencegah goiter
✓ Meningkatkan peredaran darah
✓ Mewujudkan keseimbangan elektrolit
.
. Bertukarlah kepada Garam yang lebih berkhasiat. Anda mampu mengubahnya! RM 6 je yunk..
.
Whatsap lelaju #01113376462 ♧♧


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Garam Mandian Terapi Elak Stress

Aby Adawiah | Thursday, July 21, 2016 |

🍶 INFO Garam NUR

:: Cara Penggunaan ::
.

(1) Cara Guna Garam Nur :
Mandian : 2 sudu Therapy Salt larut dalam 5 liter air. Mandi selepas pembersihan badan dan lap dengan tuala. Badan lebih segar dan tidak melekit.

(2) Cara Guna Garam Nur :
Rendaman Kaki : 2 sudu Therapy Salt larut dalam air paras buku lali. Rendam 30 minit.

Sesuai mandi sebelum subuh atau sebelum maghrib, mandi dengan ais, air suam atau air biasa digalakkan mandin pagi dan petang. Digalakkan selawat 11 kali dan kacau lawan arah jam. Garam larut 1 minit.

Kandungan Garam Nur : Garam Himalaya Premium 100% tulen. Doa terpilih. Aromaterapi berkualiti tinggi. saiz batu garam nur 2mm. Mudah larut. 500 gram. Harga rm30 @ 22 kali penggunaan. sudu dibekalkan.

Nak order meh Whatsapp lelaju #01113326462




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kari Daging Dapur Kayu + Ketupat Nasi

Aby Adawiah | Saturday, July 09, 2016 |


Kari Daging Dapur Kayu + Ketupat Nasi
=================================

Sempena perayaan 2016 saya memilih menu simple berkaitan daging. Resepi asal saya ambil dari aynorablogs.com. Saya olah mengikut selera tekak saya hihi.. Maklumlah saya budak baru belajar.

Bahan-bahan:

1 paket Ketupat Nasi Nona (Rebus semalaman)
900g daging import Alana - dipotong kecil dan nipis
5 cm halia -untuk diperap bersama daging yg dipotong
1 paket kecil rempah tumis 50 sen

1 paket kecil rempah kari Adabi (Ayam & Daging)- *dikisar
3 biji bawang besar - *dikisar
3 ulas bawang putih - *dikisar
1 inci halia - *dikisar
3 cawan air rebusan daging
4 biji kentang - dibelah empat
6 sudu kecil air asam jawa (dibuang biji)
1 kotak santan 200ml 
1 tangkai daun kari
Bawang goreng (hiasan untuk tabur)

Cara menyediakannya:

1. Daging yang dipotong basuh bersih digaul bersama halia di dalam masa 15 minit untuk hilangkan bau hamis. Rebus daging hingga empuk. Saya menggunakan api dapur kayu hanya makan masa 20 minit sahaja. Letak bersama 2 garfu untuk cepat masak & lembut.

2. Masukkan minyak anggaran untuk menumis. tumis dahulu rempah tumis dalam seminit dua. Masukkan bahan kisar yang telah diblender*. Kacau perlahan hingga sedikit garing & naik bau aka terbit minyak. Setelah kering sedikit barulah masuk 3 cawan air rebusan daging & 6 sudu air asam jawa.

3. Terus masukkan kentang yang dibelah empat. Masukkan juga daging yang telah direbus tadi. Biarkan kentang empuk seketika.

4.  Masukkan santan & daun kari. Kecilkan api. Biarkan mendidih. (Anda boleh tambah air jika suka kari daging yang agak cair.) Saya suka pekat jadi tak perlu tambah air.

5. Kari Daging hampir masak saya masukkan 1 sudu garam masakan #GaramNUR & 1 sudu Gula perang. (Untuk menu sihat penambah perasa MSG tidak diperlukan ini kerana garam masakan Delicious Salt sudah lemak-lemak manis uols hihi..)

6. Setelah siap tabur bawang Goreng saya makan bersama Ketupat Nasi Nona. Memang bertambah. Ini pertama kali saya masak terima kasih owner blog www.aynorablogs.com kerana berkongsi resepi. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Resepi Lontong Johor

Aby Adawiah | Saturday, July 09, 2016 |



RESEPI LONTONG JOHOR
======================

KUAH LODEH:
.
BAHAN-BAHANNYA :
8 tangkai kacang panjang, hiris serong
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng)
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 sudu Garam masakan #GaramNur dan gula perang secukup rasa
.
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
.
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua
.
CARA MEMBUATNYA :
.
Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
.
Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
.
Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
.
CATATAN :- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....
.
---------------------------------------------------------------------
SERUNDING IKAN BILIS.....
.
BAHAN-BAHANNYA :
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yang muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
.
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
.
CARA MEMBUATNYA :
Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus.
.
Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
.
Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi.
.
Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga serunding berderai (tapi tidak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk sebelum disimpan..

---------------------------------------------------------------------
SAMBAL IKAN BILIS.....
.
BAHAN-BAHANNYA :
.
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
.
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
.
CARA MEMBUATNYA :
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
.
Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar.

Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api
.

Kredit : Resepi Aidil Fitri



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ucapan Raya 2016

Aby Adawiah | Tuesday, July 05, 2016 |


》Assalamualaikum saya CA aka Cikgu Adawiah ingin mengucapkan.. 》

♡ Selamat Hari Raya Adil Fitri 1437H ♡

☆Kepada yang mengenali saya secara Offline @ Online (macam berniaga pulak he..he) saya pohon ampun & maaf mungkin pernah..

~•< terkasar bahasa.. 
~•< tercarut x terkata.. 
~•< tergosip x sengaja.. 
~•< mohon dimaafi yaa.. 

《 Semoga Aidil Fitri ini memberikan sinar baru dalam hidup kita. Aminn ya Rabbal Alamin.. 》

Penulis blog 》www.komputerkuantan.com 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...