RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Takyah Lilit Just Pin Aje by CA Adawiah

Aby Adawiah | Thursday, April 21, 2016 |



☆Shawl takyah lilit by CA☆

☆ Kepada penggemar shawl atau yang baru berjinak-jinak nak pakai shawl boleh gunakan teknik yang sangat ringkas & mudah. Kadang-kadang kita nak cepat ke pejabat @ ke kelas nak jugak menggayakan shawl bukan.. Ada juga yang x pernah pakai shawl sebab ada yang tak reti nak gayakan.

☆ Di sini CA selalu gunakan teknik seperti ini. Antara paling penting mudah bagi kita yang nak..
solat senang nak tanggal & pakai kembali.. CA dah mencuba pon.. Jika dah siap gosok di malam hari just sangkut ajer. Esok pagi hanya pakai dan paling penting takyah jahit.

☆ CA ada berpuluh jenis shawl tak daya weh nak jahit bagai jadi macam instant shawl ahahaha... laa niii semuaa shawl boleh jadi segeraa.. Lagi pulak musim panas x daya nk berlilit kat leher berpeluh2 laa gamaknya..

☆ Kaedah ini juga boleh guna untuk tudung bawal yang material lembut taw CA dah try tu habaq mai naa.. meh Follow step CA naa.. (loghat utara laa pulaaak opps!)

☆ Nota : Perlu ada tali ukur @ tali inci, 2 pin peniti, 2 brooch hiasan, 1 pin panjang @ pendek (lihat gambar).

A. Lipat 16 inci, tanda 11.5 inci @ ikut bujur muka pinkan dengan pin panjang @ pin corak pilihan. Ini bahagian luar jika disarungkan nanti (lihat gambar).

B. Lipat 15 inci tanda 11.5 inci jugak dengan pin semat. Ini bahagian dalam seperti kita pinkan shawl ke belakang (lihat gambar).
C. Pakaikan inner (lihat gambar).
D. Sarungkan dari atas ke belakang (lihat gambar).
E. Nampak tak pin yang kita sematkan tu? Sarungkan dari bawah ke atas kepala.
F. Kemaskan pastikan kita adjust supaya pin kemas ke tepi. CA xde pin panjang jadi CA guna pin biasa.

♢ Siap.. kemaskan tudung.. bila nak tanggal shawl bahagian pin A & B JANGAN tanggalkan. Lainkan kita bawak tali pengukur ye dakk...

♢ Jika suka tambahkan pin peniti kiri dan kanan serta di bahu ya.. Beza kan jika x pakai pin peniti. Untuk lebih Comel Anggun pakailah pin kesukaan ya.. Eh ComelAnggun tu awalan bagi perkatan CA kan? Suratan @ kebetulan ni ahaha... gurau deh..hihi

♡ Salam sayang dari CA Adawiah ♡

~☆Tutorial by CA Adawiah☆~






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...