RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Tambah Nilai Hidup Orang Lain

Aby Adawiah | Thursday, November 20, 2014 |

Baru-baru ini #ipmmunshi dikunjungi Puan Kam dari Jabatan Kerajaan Negeri Pahang yang mempelajari format berkaitan tugasnya. Dia tercari-cari tempat belajar yang bukan di kawasan bandar maka dia memilih IPM untuk mempelajari apa yang dikehendaki.

Syukur alhmadulillah saya dapat membantu Puan Kam menyiapkan Buku Nota Kecil (1 kertas A4 lipat 2) untuk diberikan untuk pekerja yang bakal bersara lebih kurang 500 nama yang perlu dimasukkan (contoh seperti di dalam gambar. Gambar yang asal tak sempat nak snap).

Selepas hampir 3 jam saya mengajar FORMAT yang tepat serta cara cepat menyiapkan Buku Nota ini. Puan Kam saya lihat jelas terpancar kelegaan diwajahnya.

Katanya lagi dulu-dulu orang yang lain yang buat semua ini sejak dimansuhkan beberapa jawatan bahagian pentadbiran tugas-tugas berkaitan komputer perlu di ambil alih seperti menaip pelbagai format surat, membuat risalah dalam kuantiti yang banyak tetapi kebanyakan yang berusia 40-an mereka tidak tahu bagaimana untuk membuat nya sebab dulu-dulu tidak didedahkan.

Pesan Mentor saya yang saya ingat apa yang kita buat hendaklah menambah nilai hidup orang lain.

-Admin CA


Sekadar contoh kertas A4 lipat 2 (melintang)



[bagi yang kurang berkemahiran jangan bimbang boleh belajar dengan saya hanya layari www.komputerkuantan.com atau WhatsApp 0142197966 untuk promosi kursus komputer kelas dewasa & remaja]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...