RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

~10 Petua Mudah Orang Lama~

Aby Adawiah | Thursday, August 09, 2012 |

  • Hilangkan Lebam Di bawah Mata: 
Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

  • Meredakan Batuk:
Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman didalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.

  • Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung.  Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya.  Bilas bersih kemudian lap dengan kain bersih atau tisu.  Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

  • Jemput-Jemput Menjadi Lembut
Untuk yang inginkan jemput-jemput menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya)  ke dalam adunan tersebut.  Hasilnya pasti memuaskan hati anda.

  • Mencuci Barangan Perak
Campurkan perahan air limau & garam ke dalam mangkuk yang berisi air & cucikan barang perak anda.  Hasilnya barang perak akan berkilat.

  • Segar Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

  • Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pada papan pemotong.  Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua.  Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong.  Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang

  • Hilangkan  Bau Kaki
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong dua & gosokkan pada kaki. Lakukan setiap petang selepas menanggalkan kasut.  Insya-Allah bau kaki akan hilang.



  • Mengembalikan Kesegaran Kepala:


Ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama 10 minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.
  •  Menghaluskan Kulit Muka:


Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang 15 minit. selepas itu barulah dibilas.


~Selamat Mencuba~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...