RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Sihat Ertinya Cantik, Cantik Ertinya Sihat

Aby Adawiah | Tuesday, May 09, 2017 |

Kalau ingin kelihatan cantik, tentulah kena sihat terlebih dahulu. Ada ramai wanita hari ini sanggup mengabaikan kesihatan demi kecantikan. Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan maklumat daripada ‘Persatuan Pengguna Negeri Pulau Pinang’ melalui www.cap.org.my. 

Dalam bab cantik dan sihat ini, bagi yang berkemampuan, sekali-sekala manjakanlah diri dengan mengunjungi spa yang menawarkan khidmat demi kecantikan dan kesihatan. 

Bukan hendak berkempen, cuma mencadangkan salah satu cara. Banyak lagi caranya, mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

"Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati"
Pepatah ini memang ada benarnya. Oleh itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu bagi memeriksa tahap kesihatan kita dari semasa ke semasa. Tubuh kita unik dan penuh rahsia. Kadangkala kita tidak sedar kita telah merosakkannya secara perlahan-lahan. 

Dengan pemeriksaan sebegini, ia adalah satu usaha untuk kita menganalisis andainya ada sesuatu terjadi pada tubuh kita tanpa kita sedari.
Kesimpulannya, jadilah pemuda dan pemudi Muslim yang sihat dan kuat sebagaimana yang dipesan oleh baginda Rasulullah S.W.T Sungguh banyak hikmah dan nikmat di sebalik tubuh yang sihat dan kuat. 

Bahkan, Muslim yang kuat lebih dikasihi oleh Allah.Sementara itu, bagi kita yang diuji dengan sakit dan penyakit, bersyukur dan bersabarlah. Sesungguhnya pemuda-pemudi Muslim yang bertakwa itu bersyukur apabila dikurniakan nikmat dan bersabar apabila diuji dengan kesakitan dan kepedihan. Sihat dan sakit, kedua-duanya tanda Allah kasihkan kita!

[Dipetik dari http://www.malaysiaharmoni.com]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...