RSS

❤ “Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’ - Master Oogway – film Kung fu Panda” ❤

Melaburlah Demi Kesihatan

Aby Adawiah | Tuesday, July 26, 2011 |


Pelaburan demi kesihatan bukanlah sesuatu yang merugikan. Memang benar jika kita berbelanja untuk kesihatan, kita tidak akan menikmati hasilnya dalam bentuk material yakni wang atau harta benda. Tetapi pelaburan untuk kesihatan adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Kalau tidak percaya, tanyalah pada yang diuji dengan sakit dan penyakit. Pasti mereka boleh memberikan tazkeerah agar kita lebih mengerti untung rugi melabur untuk kesihatan. Sebabnya, kos mengubati biasanya jauh lebih besar daripada kos pencegahan.

Sebuah hadis Rasulullah S.W.T bermaksud:
”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara yang lain - keadaan hidupmu sebelum datangnya maut, keadaan lapangmu sebelum datangnya kesibukan, keadaan kayamu sebelum datangnya kemiskinan, keadaan mudamu sebelum datangnya tua dan keadaan sihatmu sebelum datangnya sakit.”

  • Perlukah kita menjaga kersihatan ketika masih muda?
  • Berapa banyakkah wang yang kita belanjakan demi kesihatan?
  • Berapa banyak pula masa yang kita peruntukkan untuk kesihatan?
  • Berapa banyak pula usaha kita untuk memastikan kita sentiasa sihat?

Jawapannya pasti berbeza antara satu sama lain. Mungkin ada yang berpandangan, kesihatan adalah sesuatu yang susah untuk diukur. Ada sesetengah orang nampak ‘sihat’ tapi sebenarnya ‘sakit’. Ada pula yang kelihatan ‘sakit’ tapi sebenarnya ‘sihat’.

Apapun pandangan kita, kesihatan adalah sesuatu yang boleh dijaga, diramal dan diukur. Teknologi hari ini memungkinkan kita melakukan beberapa amalan pencegahan dalam mengekalkan kesihatan. Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali tua dan mati. 

[Dipetik dari sumber : http://www.malaysiaharmoni.com]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...